Bahan-Bahan:
Bahan A:
500 gram daging/tulang rusuk
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan gula
Garam & perasa secukupnya
Sedikit lada hitam - ditumbuk
Bahan B:
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 batang leek - hiris
Sedikit air asam jawa
Bahan tumbuk:
Halia (sebesar ibu jari)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Cara cara:
Bahan
A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam.
Kalau mempunyai pressure cooker, boleh direbus dalam pressure cooker
daging yang diperap.
Tumiskan bahan tumbuk/blend sehingga garing, masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan
air asam jawa dan daging yang telah diperap. Masak sehingga daging
empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). Setelah daging empuk,
masukkan bawang besar & cili merah dihiris.
Masukkan
serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan. Boleh juga
dimakan bersama nasi putih panas panas atau dengan roti.
No comments:
Post a Comment